Friday, August 21, 2015
Nyamuk Aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada 1 gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2-4 mg darah iaitu 1.5 kali berat badannya.Nyamuk Aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat 2 jenis nyamuk Aedes yang membawa virus denggi iaitu:

1. Aedes aegypti

Ciri-ciri: Tanda putih-perak bentuk kecapi dikepala.

2. Aedes albopictus

Ciri-ciri: garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan.

Nyamuk Aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.

Nyamuk Albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan lain-lain tempat yang boleh air bertakung.

Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.

0 comments:

Popular Posts